Cara Guna
Saya akan terangkan perihal;
1. Perisian-perisian yg diperlukan untuk proses download cerita sampailah kepada dapat 'play' cerita.
2. Cara menyambung fail yang telah di download.
3. Masalah-masalah yg sering timbul semasa proses sambung cerita.
1. Perisian yang di perlukan
(Sila download dan 'install' - jika tiada lagi dalam PC anda la)
a. WinRAR ; Klik untuk Download
b. HJ Split ; Klik untuk Download
c. **Windows Media Classic ; Klik untuk Download (Pilih yg sesuai untuk OS/Windows anda)
** Abaikan jika anda sudah ada perisian yg boleh 'play' fail-fail format .mkv atau .rmvb atau .rm etc etc...
2. Cara menyambung cerita yg telah di download
a. Sesudah anda download setiap part cerita, pastikan kesemua fail-fail tersebut berada di dalam satu folder. Macam gambar di bawah.
AMARAN!!!
Jangan sesekali 'usik' fail-fail tersebut. Contoh 'usik' tersebut seperti cuba untuk buka atau nak play. Seret, move atau copy paste tak ape. Kalau fail tersebut tidak dapat di 'join'..anda kena download semula fail yg rosak tersebut (yg rosak sahaja).
b. Keduanya; Buka perisian HJ Split (yg telah di download tadi). Lihat gambar bawah;
Klik butang JOIN untuk menyambung setiap part cerita yg telah di download.
c. Bila butang JOIN telah di klik, akan keluar FILE JOIN (Lihat gambar bawah).
Klik pada butang Input File
d. Bila butang Input File di klik, anda di kehendaki mencari dimana folder cerita tadi di letakkan. Lepas tu, fail pertama (.001) akan keluar. Lihat gambar bawah.
Klik pada fail tersebut, kemudian tekan butang OPEN
e. Sesudah klik OPEN, akan keluar (seperti gambar bawah).
Kemudian anda kena klik butang START
NOTA;Anda tidak perlu risau, Hj Split akan sambung (join) kesemua fail-fail yg anda letak dalam folder tersebut bermula dari fail .001, .002, .003 sehingga seterusnya secara automatik.
Siap..
Hasilnya seperti gambar di bawah.
Bagaimana rupa fail yg sudah siap? :)
a. Saiznya lebih besar (tengok pic atas)
b. Format fail tu seperti .mkv atau .rmvb atau .rm (selain dari .001,.002 la)
c. Dan yg penting ia boleh di 'play'.
Nota;Sesudah di 'join', apa lagi... play dan enjoy la dengan cerita tu. Bila dah habis tengok cerita tu, delete la fail-fail .001, .002, .003, . 004, .005 (seterusnya kalau ada). Kalau sayang, simpan terus. Tapi ia akan mengurangkan kapasiti hard disk anda. Sy tak mau tanggungjawab.. :-p
3. Masalah-masalah
a. Sesetangan fail, ada perkataan 'part' atau '_" di belakang. Contoh, Ghost.rmvb.001.part atau Ghost.rmvb.001_, cara yang saya guna ialah;
- Klik kanan (mouse) pada fail tersebut.
- Pilih 'Rename'
- Buang perkataan .part ([dot] part) atau tanda '_' tersebut. Biarkan hujungnya berakhir dengan .001 (Jika fail .001).
- Rename kan juga fail-fail seterusnya. (.002, .003 seterusnya)
Apa-apa masalah, sila tinggal pada ruangan komen.