Santai Petang : Legion sukar diterima akal
Legion sukar diterima akal
|
|
FILEM Legion digambarkan sebagai sebuah filem yang mempunyai konotasi sama dengan 2010. Ia menceritakan balasan Tuhan terhadap manusia akhir zaman yang tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberikan
Kemajuan teknologi dan arus permodenan dijadikan punca manusia semakin lupa dengan tugas mengingati Tuhan.
Lebih parah lagi apabila tiada satu pun makhluk di bumi yang berbuat demikian.
Rasa marah Tuhan itu 'disampaikan' menerusi tiga karakter mewakili masyarakat Amerika Syarikat (AS). Pertama adalah seorang bapa dalam perjalanan untuk mendapat hak penjagaan anak di New York, pasangan suami isteri yang pening kepala dengan karenah anak perempuan dan seorang wanita muda sarat mengandung tetapi tidak mahu membesarkan zuriat.
Ia berlaku di sebuah restoran yang menjadi pusat sehenti terletak di lebuh raya berhampiran kawasan barat AS. Pemilik restoran berkenaan, Bob Hanson lakonan Dennis Quaid sering kali berselisihan pendapat dengan anaknya, Jeep (lakonan Lucas Black).
Bob tidak bersetuju dengan Jeep yang sanggup 'membela' Charlie (lakonan Adrianne Palicki) yang sarat mengandung anak teman lelakinya yang dahulu. Jeep sanggup mengambil Charlie sebagai pelayan restoran. Bagaimanapun, kedatangan Charlie disenangi oleh rakan kongsi Bob iaitu Percy (lakonan Charles S. Dutton).
Bermula dengan gangguan siaran televisyen dan radio disusuli dengan kemunculan seorang nenek yang berlagak baik.
Adegan seram penuh debaran disusuli dengan kehadiran penjual ais krim yang boleh memanjangkan tangannya. Penuh signifikan kepada penonton untuk memikirkan tentang tanda-tanda dunia mahu keramat.
Penerbit Legion, David Lancaster memberitahu, filem berdurasi 104 minit ini memberi kesedaran buat manusia tentang Hari Kiamat.
''Saya mencari satu kelainan dengan menampilkan unsur seram di minda penonton setiap masa. Kita boleh bezakan antara seram dan fantasi. Sebab itu, kita sampaikan sesuatu yang dapat menjadikan penonton sering kali mengingatinya.
''Tema "supernatural" diketengahkan dalam memastikan unsur pelik yang selama ini hanya menjadi khayalan menjadi realiti" katanya yang turut mengusahakan Legion bersama rakan penerbit, Micheal Litvak.
Harapan Lancaster dan Litvak mahu menjadikan filem tersebut sebagai sebuah filem yang terus diingati. Ketelitian dalam jalan penceritaan menjadi taruhan dan begitu juga dengan elemen bantuan seperti grafik serta suntikan teknologi canggih imej penjanaan komputer (CGI).
Contohnya, dalam babak padang pasir. Pihak penerbit menggunakan gabungan lukisan vernakular Edward Hopper dengan fotografi kontemporari Gregory Crewson untuk menghidupkan visual padang pasir. Begitu juga dengan keadaan restoran usang yang digambarkan berada di tempat terpencil.
Mereka mahu menjadikan Legion bukan sebuah filem yang jemu dari sudut sinematografi. Tetapi kaya dengan muslihat kamera bagi menghasilkan imej dinamik. Ia penting bagi menggambarkan 'pandangan' dan 'kekecewaan' Tuhan terhadap umatnya.
Pendekatan tematik Lancaster mungkin boleh diterima di negaranya. Bagaimanapun tidak di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam. Malaikat yang digambarkan iaitu berkepak, mengugut Tuhan dan mati bertentangan dengan apa yang termaktub dalam al-Quran.
Walaupun pengarah, Scott Stewart mengatakan Legion bukan filem agama, namun beberapa pengkritik filem melabelnya sebagai filem bertemakan Kristian. Terutama apabila terdapat rujukan beberapa ayat daripada Injil.
Steward berpendirian, Legion adalah filem campuran Terminator dan Exorcist. Namun, pendirian itu mempunyai muslihat tersendiri terutama untuk merosakkan akidah umat Islam. Steward mahu unsur syirik dan mengelirukan diterapkan. Contohnya, pergaduhan antara dua malaikat iaitu Jibrail (lakonan Kevin Durand) dan Mikail